Sesi 'viewing' bukan sekadar melihat keadaan dalaman, tetapi pembeli perlu memeriksa perkara penting untuk mengelakkan masalah di kemudian hari. -Gambar hiasan AI
RAMAI pembeli teruja apabila berpeluang melihat rumah yang ingin dibeli, lebih-lebih lagi jika kediaman itu mempunyai reka bentuk menarik, ruang yang luas dan kelihatan cantik seperti di dalam gambar.Namun, keterujaan ketika membuat viewing kadang kala menyebabkan bakal pembeli terlepas pandang beberapa perkara penting yang boleh memberi kesan selepas rumah diduduki. Bagi pembeli rumah pertama khususnya, sesi viewing bukan sekadar masa untuk melihat keadaan dalaman atau membayangkan kehidupan di rumah tersebut.Sebaliknya, ia adalah peluang untuk memeriksa dengan lebih teliti keadaan sebenar rumah sebelum membuat keputusan pembelian.Perkara itu turut dikongsikan seorang perunding hartanah, @akmalblack, yang memberikan beberapa tip kepada bakal pembeli rumah subsale supaya tidak hanya melihat aspek luaran ketika melakukan viewing.Menurutnya, terdapat lima perkara yang wajar diperiksa ketika melakukan sesi viewing, iaitu: 1. Periksa tekanan airBakal pembeli disarankan membuka beberapa pili secara serentak bagi melihat sama ada aliran air berada pada tahap yang baik atau sebaliknya.Jika aliran air perlahan atau tekanan air tidak konsisten, ia mungkin menunjukkan terdapat masalah pada sistem paip yang perlu diperiksa dengan lebih lanjut.Pemeriksaan awal ini penting bagi membantu bakal pembeli mengenal pasti sebarang masalah berkaitan bekalan air, sekali gus mengelakkan kos pembaikan yang tidak dijangka selepas berpindah.Rekaan dalaman sesuatu kediaman bukan satu-satunya perkara yang perlu dipertimbangkan bakal pembeli rumah. -Gambar hiasan AI2. Semak arah matahariPembeli boleh menggunakan fungsi kompas pada telefon bimbit untuk mengetahui arah matahari.Rumah yang menghadap ke arah barat, berkemungkinan menerima pancaran matahari petang yang lebih terik dan menyebabkan bahagian dalam kediaman terasa lebih bahang.Justeru, perkara ini boleh dipertimbangkan mengikut keselesaan dan keperluan bakal pembeli sebelum membuat keputusan.3. Periksa kesan retakan pada dinding dan silingJangan lupa untuk memeriksa keadaan dinding dan mencari sebarang tanda retakan ketika viewing.Retakan halus atau hairline crack lazimnya berbeza daripada retakan yang lebih dalam, lebar atau semakin renggang.Sekiranya terdapat retakan yang ketara, pembeli disarankan mendapatkan penjelasan lanjut atau pemeriksaan daripada pihak yang mempunyai kepakaran bagi mengetahui punca sebenar sebelum meneruskan pembelian.Pada masa sama, pembeli juga boleh mengambil kesempatan untuk memeriksa bahagian siling bagi mengesan sebarang tompok atau tanda-tanda kebocoran.4. 'Intai' jiran dan tempat parkirKeadaan persekitaran juga tidak kurang pentingnya kerana ia akan menjadi sebahagian daripada kehidupan selepas berpindah.Pembeli boleh mempertimbangkan untuk datang semula pada waktu malam atau hujung minggu bagi melihat suasana sebenar kawasan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Sediakan payung sebelum hujan! Ini 8 jenis ‘sinking fund’ ketua keluarga perlu sediakan, paling penting tabung perayaanPada waktu berbeza, keadaan kejiranan mungkin tidak sama seperti ketika sesi viewing pada siang hari.Selain itu, perhatikan juga keadaan tempat letak kenderaan untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang isu berkaitan ruang parkir.5. Uji suis dan soket elektrikPerkara terakhir yang perlu dilakukan adalah menguji suis serta soket elektrik yang terdapat di dalam rumah.Pembeli boleh membawa pengecas telefon untuk menguji sama ada soket berfungsi dengan baik.Pada masa sama, cuba hidupkan lampu, kipas dan penghawa dingin yang terdapat di rumah bagi memastikan peralatan serta sambungan elektrik berfungsi seperti sepatutnya.Ingat, lebih banyak perkara diperiksa pada peringkat awal, lebih mudah untuk pembeli mengenal pasti sebarang masalah sebelum membuat keputusan untuk membeli.